Saturday, October 25, 2008

Teka-Teki Tersilang Makna

Malam kelmarin (khamis) aku diwatikahkan dengan jawatan sebagai seorang naqib, bagiku ini suatu tugas yang payah bukan kerana cara perlaksanaannya akan tetapi perlu berhadapan dengan satu cara hidup lain. Ahli aku kepala dunia lain dan aku juga lain bukan bermakna tiada titik persamaan tetapi usaha ke arah itu kena aku buatkan.

Sabi` suatu zon yang jarang disebut apatah lagi dibualkan kerana mereka yang jarang-jarang datang. Aku tertarik dengan mereka kerana pernah kenal mereka dahulu. Tanggungjawab perlu aku galas walau tua mana mereka sekali pun. hehehe... mcm la muda sgt aku neh..

Persoalan siapa yang beri aku jawatan ini?, Tiada yang layak lagi ke selain aku, mengapa tempat yang sukar mereka kuasai diberi padaku?, apa muslihat dan untuk apa?

Nak bangkang, tapi......

Aku berminat untuk cuba. Nah kalau aku berjaya aku akan lepaskan jawatan ini, jika tidak pun akan ku nak lepaskan juga... hahaha.. just kidding.. siapalah insan yang hidup tidak bertuhan. Aku yakin Allah akan bantu.

Aku berteka teki siapakah alku, alku, alku...

Hebat rupanya si dia sehingga orang beri setinggi kepercayaan untuk menjadi ketua keatas sabi`. Alku kata dia akan cuba sekuat pukulan ombak dilautan menghempas israel dek belasahan tsunami.

aiwaaahhh teka teki ini tak tersilang makna..

No comments: