Monday, October 27, 2008

2 dan 2


HAri ini....

* 2 urusan tergendala, (kerneh & rusum).
* 2 yang menimbulkan implikasi punca dan akibat, (Tidur lambat & bangun lewat)
* 2 perancangan yang perlu diselesaikan dalam masa 2 hari. (Kenduri arwah & Nota bagi kedua2 kitab yang baru beli) setelah masuk tahun 2 kena lebih rajin sebab madah fasa awal bukan sedikit.

Amalan tidur lewat dan bangun lewat baru-baru ini sedikit memeningkan kepalaku. Perkara terpenting perlu aku jaga adalah solat subuh. kemudian kehadiranku ke kuliah, waktu untuk ulangkaji pelajaran, waktu menghafal al-quraan dan banyak lagi.

Jika berterusan bermakna aku akan kerugian banyak masa terpenting.

Aku bersemangat hari ini kerana 2 sebab, dapat siapkan masakkan ikan masak lemak (my favourite) dan dapat menelefon keluargaku tercinta, berbual dengan mereka menghilangkan sedikit keboringan hari ini sebab tak dapat hadir ke kuliah. segar balik pemikiranku dan tampak jelas tujuanku ke sini.

Sempat adikku bergurau bertanyakan soal dua hatiku, "apa khabar kakak iparku?", soalnya. hahaha... aku belum lagi memberi hati ini kepada sesiapa lagi wahai adikku.

Ibuku banyak mendoakan aku, dan aku ada janji kepadanya untuk membuat kenduri arwah esok malam, insya`allah akan aku cuba laksanakan.

Kakak aku ingin melanjutkan belajar lagi disepanjang cuti ini, minta aku doakan supaya terpilih nanti dari banyak2 orang yang memohon.

Abangku pula lagi setahun setengah akan habis belajar dan akan melangsungkan perkahwinan.

My Family is my heart forever. Uhibbuhum bihubban syadidan abadan abadan.

Alfatihah untuk ayahku......

No comments: