Tuesday, October 21, 2008

Kuliah, Kuat, Peluang, Segalanya Di Sini...

semalam aku menghadirkan diri ke kuliah, syuun Usuluddin kelihatan hangat dengan gasakkan pelajar-pelajar arab dan wafidin untuk membuat urusan. Aku ingin mendaftar, bayar rusum dan membuat kerneh baru. Melihat zahmah manusia di tabur aku semakin bersemangat untuk merempuh gasakan tanpa nizom itu.. hahaha..

Aku berjaya ke hadapan x kurang dari 10 minit. Sama seperti mereka, melantakkan nizom asal tidak melepasi had kesabaran hati. Urusan selesai, hati kepuasan. Duit dipoket pula tidak mencukupi untuk aku menyelesaikan bayaran tahunan, nampaknya kena datang marratan thaniah sebagai penutup urusan.

Arab Mesir mengajar aku kuat untuk hidup, sebagaimana kuatnya mereka meneruskan kehidupan hari-harian. susah tidak bermakna harus putus asa, lemah pula tidak harus terus pasrah jatuh. Terus sahaja merempuh ke hadapan kerana setiap manusia telah ditentukan Allah taqdirnya.

Berdiri kembali setelah jatuh adalah rahmat, sabar ketika mehnah adalah kekuatan.

Dalam masa 2 tahun, aku pandai mengolah diri dan diri orang lain. kenal seluas-luasnya siapa itu manusia berbudi atau batu.

Kitab 3 dengan harga LE 53 cukup mahal bagiku. Walaupun tengah kekeringan aku beli juga untuk masa hadapan. Janji aku, dalam bulan 10 habis khatam kesemuanya. Bermakna susah payah seminggu untuk sebuah kitab, sebelum kutub lain sampai ditauzikkan.

Kelas baru telah memikat naluri tolib ilmu "mahligai hati" ku supaya datang setiap hari dan menjadikannya sebagai wajib. Tingkat empat, wau!! sangat tinggi azhar sehingga segenap pelusuk mataku mampu mencerapnya. Pokok kurma sebagai landskap antara jalan ke 3 fakulti pun tidak mampu menandingi ketinggian kelas ku... hahaha, hebat & menarik.

Peluang demi peluang demi peluang. Harusku cari. Setiap detik dan situasi. Bermakna aku harus mencari kawan sekuliah yang baru dan akrab. Melayu, wafidin dan arab Mesir semua sekali aku perlukan. Mencanai kitab sendiri kurang berkesan.

Aku kenal tahap kerajinan aku, kalau tidak didesak dan tidak berazam maka tidak akan "mula". Inilah sedikit sikapku yang sedang dikikis menjadi serajin ulamak-ulamak yang telah berjaya.

Semoga dipandang Allah Ta`ala akan diriku..

Menjadi hebat, Sehebat izzah Saidina Umar al-Khattab.

No comments: