Saturday, October 4, 2008

HARI RAYA & RUMAH TERBUKA AKU

Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku kerana banyak waktu yang aku cuaikan dan amat sedikit pengibadatanku kepada-Mu. Namun begitu ya tuhan, janganlah Kau putuskan taufiq, rahmat dan hidayah-Mu kepadaku kerana aku akan hilang segala-galanya dalam hidupku...

Hari raya menjelang tiba namun kehangatannya belum lagi terasa kerana hatiku masih lagi terpaut pada bulan Ramadhan yang hari ini genap 30 hari dan esok meninggalkan kita, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahilham.. aku termanggu..

Berbuka tadi cuma seteguk air sahaja kerana aku terlupa untuk memasak dek kerana tertidur selepas Asar, ahli bait aku pula tiada di rumah kerana sibuk dia rumah johor, aahh.. sedihnya malam raya macam ni, bisik hatiku.. x pe lah dah nak buat macammana... aku tekad nak pergi makan puas-puas kat kedai arab depan, ni kalo dapat rubu` firakh ni pergh.... puas hati gila ni... hehehe...

Malam akhir ramadhan aku pergi gotong-royong di rumah johor, x ramai mungkin semua sibuk masak2 kat rumah untuk sambut raya esok.. lebih kurang 30 yang buat kerja.. nasib baik ada kawan baik aku.. dapatlah aku menghilangkan kebosanan aku dengan gelak2 ketawa cerita tentang raya2 ni... huhu..

dengar lagu raya yang bab sedih tu, aku teringat kat malaysia, ish, aku belum talifon mereka lagi ni..

Hari raya aku gembirakan diri aku kerana ustaz aku pernah berpesan menyebut bahawa terdapat 2 waktu yang kita mesti gembira menyambutnya isitu, ketika berbuka dan ketika hari raya..

..............................................................................................................

RUMAH TERBUKA

3 Syawal, rumah aku membuat open house untuk semua pelajar2 johor di kaherah dan muhafazah, pergh, dari siang sampai ke malam aku mengemas rumah untuk menyambut tetamu datang, makan tengah hari mewah gila, ikan buuti bakar, wow... sedapnya....hehehe

aku kepenatan, nak tahan mata dah x terlarat lagi, terasa nak melayang.. ermm.. tidur jap best nih... kawan2 mula datang untuk menolong gotong-royong, ahhh, jap lagi aku bangun...huhu

solat asar.... kemudian mula mengupas kentang dan memotong carrot....

Wah, lawa gila bilik aku macam bilik awek2 plak...hahaha, salahuddin datang rumah dari damanhur, aku terasa tenang hati aku... subhanallah mesti banyak amalan budak ni sampai orang yg melihatnya pun tenang, aku teringat pesan ustaz, kalau Allah Ta`alla suka kepada orang tu, maka orang sekeliling juga menyukainya...

klimak majlis, kawan2 ramai gila yang datang berpusu2, mula2 budak dari manhal, pastu rumah johor, kemudian pelajar dari hayyu thamin dan akhir sekali dari asyir... lepas makan sume godek2 barng ak, kitab2 aku dibeleknya, komputer aku dibuka youtube cerita kelakar dan berita.... hahahahaha, x kisahlah yang penting rumah ni meriah...

seronoknya kenangan ini.....

No comments: