Wednesday, October 1, 2008

RAMADHAN & SYAWAL


Allahu Akbar 3x Walillahilham...
Syukur kepada-Mu tuhan kerana mengurniakan lagi nafas baru kepadaku untuk mengecapi nikmat anugerah-Mu yang terbesar. Aku bersyukur, benar-benar bersyukur.

Ramadhan aku sedih meninggalkannya kerana itu adalah taman bagi orang-orang soleh untuk beramal dengan sepuas-puasnya dan ganjarannya tidak sama seperti bulan-bulan yang lain.

Hadis nabi menyebut, amalan di bulan Ramadhan dinilai dengan 70 x ganda berbanding dibuat pada bulan yang lain.. sungguh, aku sangat sedih.

Syawal pula, Alhamdulillah disambut dengan kemeriahan, walaupun ada yang terasa muram kerana tidak dapat beraya bersama keluarga tapi apa boleh buat kedatangan kita disini adalah untuk belajar menuntut ilmu, jadi segala kepayahan kena ketepikan dan sanggup berkorban diatas segala-galanya, barulah kita betul berdiri diatas sunah orang yang berjuang.

Sebenarnya waktu raya adalah waktu kita menyambut dengan penuh kegemburaan dan kesyukuran, walaupun susah mana sekalipun nak senyum, buat-buat senyum, buat2 gembira kerana itu akan dinilai disisi Allah Ta`ala. ( walaupun ianya hanya perasaan ianya tetap penting untuk dijaga )

Aku tahun ni banyak berubah... alhamdulillah

No comments: