Tuesday, October 28, 2008

Abah & Umi, Kekasih Dari Allah

Hari ini aku tenang. Alhamdulillah.
Aku teringat abah, malam tadi pagi dan sekarang ini masih lagi teringatkan abah. 28 oktober melakar sejarah hidupku. 15 tahun abah tinggalkan dunia ini, sedang aku masih kecil kira-kira dalam 7 tahun, 1993. Masih terbayang di benakku.

Di rumah atuk ayahku bersemadi, dimandikan dan disolatkan. Aku sebak diwaktu itu kerana pada umur sekecil ini aku terpaksa menerima hakikat sebuah perpisahan dengan orang tercinta. Abahku yang selalu membawaku jalan-jalan, membelikan barang-barang kesukaanku, membawaku pergi ke tempat kerjanya. Semuanya masih jelas dalam ingatanku, sangat indah dan menenangkan bila mengimbas kembali.

Aku menangis ketika duduk bersimpuh di makam Saidina Hussien cucu Rasulullah S.A.W sambil berwirid dan membaca tahlil. Aku di Mesir sangat teringin menziarahi makam abahku.

Pesan ibuku, nanti buatkan tahlil dan kenduri arwah untuk abah. Insya`allah akan aku tunaikan dalam masa terdekat, disamping itu aku akan istiqomah membaca tahlil dan yassin serta mendoakan abah setiap hari. Aku sangat sayang pada ABAH dan UMI, kedua-duanya sangat memberi jasa yang besar kepadaku. Hatta sehingga sekarang ibuku masih memberi duit belanja. Janji aku tidak akan mengguriskan hatinya, walaupun dengan sekecil perkataan dan perkara.

Sesungguhnya ayah dan ibu adalah kunci kita ke syurga...

No comments: