Tuesday, October 28, 2008

Abah & Umi, Kekasih Dari Allah

Hari ini aku tenang. Alhamdulillah.
Aku teringat abah, malam tadi pagi dan sekarang ini masih lagi teringatkan abah. 28 oktober melakar sejarah hidupku. 15 tahun abah tinggalkan dunia ini, sedang aku masih kecil kira-kira dalam 7 tahun, 1993. Masih terbayang di benakku.

Di rumah atuk ayahku bersemadi, dimandikan dan disolatkan. Aku sebak diwaktu itu kerana pada umur sekecil ini aku terpaksa menerima hakikat sebuah perpisahan dengan orang tercinta. Abahku yang selalu membawaku jalan-jalan, membelikan barang-barang kesukaanku, membawaku pergi ke tempat kerjanya. Semuanya masih jelas dalam ingatanku, sangat indah dan menenangkan bila mengimbas kembali.

Aku menangis ketika duduk bersimpuh di makam Saidina Hussien cucu Rasulullah S.A.W sambil berwirid dan membaca tahlil. Aku di Mesir sangat teringin menziarahi makam abahku.

Pesan ibuku, nanti buatkan tahlil dan kenduri arwah untuk abah. Insya`allah akan aku tunaikan dalam masa terdekat, disamping itu aku akan istiqomah membaca tahlil dan yassin serta mendoakan abah setiap hari. Aku sangat sayang pada ABAH dan UMI, kedua-duanya sangat memberi jasa yang besar kepadaku. Hatta sehingga sekarang ibuku masih memberi duit belanja. Janji aku tidak akan mengguriskan hatinya, walaupun dengan sekecil perkataan dan perkara.

Sesungguhnya ayah dan ibu adalah kunci kita ke syurga...

Monday, October 27, 2008

2 dan 2


HAri ini....

* 2 urusan tergendala, (kerneh & rusum).
* 2 yang menimbulkan implikasi punca dan akibat, (Tidur lambat & bangun lewat)
* 2 perancangan yang perlu diselesaikan dalam masa 2 hari. (Kenduri arwah & Nota bagi kedua2 kitab yang baru beli) setelah masuk tahun 2 kena lebih rajin sebab madah fasa awal bukan sedikit.

Amalan tidur lewat dan bangun lewat baru-baru ini sedikit memeningkan kepalaku. Perkara terpenting perlu aku jaga adalah solat subuh. kemudian kehadiranku ke kuliah, waktu untuk ulangkaji pelajaran, waktu menghafal al-quraan dan banyak lagi.

Jika berterusan bermakna aku akan kerugian banyak masa terpenting.

Aku bersemangat hari ini kerana 2 sebab, dapat siapkan masakkan ikan masak lemak (my favourite) dan dapat menelefon keluargaku tercinta, berbual dengan mereka menghilangkan sedikit keboringan hari ini sebab tak dapat hadir ke kuliah. segar balik pemikiranku dan tampak jelas tujuanku ke sini.

Sempat adikku bergurau bertanyakan soal dua hatiku, "apa khabar kakak iparku?", soalnya. hahaha... aku belum lagi memberi hati ini kepada sesiapa lagi wahai adikku.

Ibuku banyak mendoakan aku, dan aku ada janji kepadanya untuk membuat kenduri arwah esok malam, insya`allah akan aku cuba laksanakan.

Kakak aku ingin melanjutkan belajar lagi disepanjang cuti ini, minta aku doakan supaya terpilih nanti dari banyak2 orang yang memohon.

Abangku pula lagi setahun setengah akan habis belajar dan akan melangsungkan perkahwinan.

My Family is my heart forever. Uhibbuhum bihubban syadidan abadan abadan.

Alfatihah untuk ayahku......

Sunday, October 26, 2008

Permulaan Bagi 1 Hari

Kuat semangatku melangkahkan kaki ke kuliah hari ini, tekad segala urusan siap. Tapi aku silap timing, jam 10:30 a.m baru keluar rumah dek kerana bangun lambat dari tido mungkin juga kerana penangan roti canai malam tadi sampai terbawa ke awal tengahari.

2 bas sengaja aku lepaskan kerana tak mahu keributan didalamnya dan juga kerana hal sikapku, akibatnya jam 11:45 baru sampai ke kuliah, it`s ok, almuhim aku dah tiba.

2 tempat perlu berurusan, 1-rusum, 2-kerneh. seolah-olah tidak ada ruang untukku berurusan pula hari ini. 1-kelewatan 2-tobur yang memanjang sehingga keluar syuun, boleh dianggarkan 1 orang mengambil masa 3 minit x 30 orang =..... bermakna malam nanti barulah giliranku...huhu

solat di masjid azhar dan mengulangkaji pelajaran tayyarat. sebentar tadi belajar mantiq bab qodiah kulliyah mujabah dan salibah. Alhamdulillah faham. kemudiaan balik..??

zahmah masa permulaan zahmah lagi masa perngakhiran perjalanan aku ke kuliah, mujr ada ruang aku menyelit ke dalam bas, sampai ke makram abid dan saing budak baru arab mesir tahun satu syariah yang kebetulan rumahnya berhampiran rumahku.

Permulaan yang baik untuk terus istiqamah ke kuliah walau sezahmah mana pun keadaan dan selewat mana pun pergi... hehehe

Saturday, October 25, 2008

Bermula Tiada Pengakhiran

Kuliah....

Alku.. Bangun pergi kuliah, doktor dan kawan-kawan tengah tunggu kau, umi ngan keluarga sedang menunggu kepulangan ke Malaysia, mereka mahu melihat hasil nanti. Mahu belajar agama dengan kau. Bersedialah dengan bekalan yang secukupnya.

Hati aku merayap lembut menegur sapa khayalan yang telah lama menyamarkan jalan sampai kepada matlamatku. aku tersentak kecil..

Esok nak pergi kuliah, setlelkan rusum dan bagi balik borang kerneh, budak belakang dah siap tgh tunggu tempoh 10 hari sahaja. Aku termanggu.

Nasib baik 4 madah kitab aku dah siapkan nota, sekurang-kurangnya aku boleh ambil dalam tempoh 2 hari untuk menghabis khatamkan kesemuanya.

Duit aku tingal sikit, nanti nak buat kenduri arwah lagi.. aku ligat mencari penyelesaiannya. Susah-susah aku pun lagi susah orang kat luar tu, sehingga sanggup menebalkan muka meminta simpati ramai tolong membantu demi sesuap nasi, aku masih lagi diberi nikmat yang banyak. Tapi esok mesti setlekan rusum juga.

masalah aku sekarang ni,
1-Duit tak cukup
2-Urusan kuliah belum setle lagi
3-Kitab menunggun 10 madah untuk fasa awal, macammana nak cath-up semua.
4-Ibadah sikit
5-Manusia itu dan ini lagi-lagi yang itu, aku nak tenang....huhu
6-Kemalasan... wawawa.. x nak malas lagi lah..
7-tidur lama..

dalam masa terdekat ini aku cuba selesaikan masalah ini, harap-harap sebelum periksa datang sume dah selesai.. amin...

Mula ke kuliah dan tidak akan miss lagi...

aiwaaahhh...!!

Teka-Teki Tersilang Makna

Malam kelmarin (khamis) aku diwatikahkan dengan jawatan sebagai seorang naqib, bagiku ini suatu tugas yang payah bukan kerana cara perlaksanaannya akan tetapi perlu berhadapan dengan satu cara hidup lain. Ahli aku kepala dunia lain dan aku juga lain bukan bermakna tiada titik persamaan tetapi usaha ke arah itu kena aku buatkan.

Sabi` suatu zon yang jarang disebut apatah lagi dibualkan kerana mereka yang jarang-jarang datang. Aku tertarik dengan mereka kerana pernah kenal mereka dahulu. Tanggungjawab perlu aku galas walau tua mana mereka sekali pun. hehehe... mcm la muda sgt aku neh..

Persoalan siapa yang beri aku jawatan ini?, Tiada yang layak lagi ke selain aku, mengapa tempat yang sukar mereka kuasai diberi padaku?, apa muslihat dan untuk apa?

Nak bangkang, tapi......

Aku berminat untuk cuba. Nah kalau aku berjaya aku akan lepaskan jawatan ini, jika tidak pun akan ku nak lepaskan juga... hahaha.. just kidding.. siapalah insan yang hidup tidak bertuhan. Aku yakin Allah akan bantu.

Aku berteka teki siapakah alku, alku, alku...

Hebat rupanya si dia sehingga orang beri setinggi kepercayaan untuk menjadi ketua keatas sabi`. Alku kata dia akan cuba sekuat pukulan ombak dilautan menghempas israel dek belasahan tsunami.

aiwaaahhh teka teki ini tak tersilang makna..

Tuesday, October 21, 2008

Kuliah, Kuat, Peluang, Segalanya Di Sini...

semalam aku menghadirkan diri ke kuliah, syuun Usuluddin kelihatan hangat dengan gasakkan pelajar-pelajar arab dan wafidin untuk membuat urusan. Aku ingin mendaftar, bayar rusum dan membuat kerneh baru. Melihat zahmah manusia di tabur aku semakin bersemangat untuk merempuh gasakan tanpa nizom itu.. hahaha..

Aku berjaya ke hadapan x kurang dari 10 minit. Sama seperti mereka, melantakkan nizom asal tidak melepasi had kesabaran hati. Urusan selesai, hati kepuasan. Duit dipoket pula tidak mencukupi untuk aku menyelesaikan bayaran tahunan, nampaknya kena datang marratan thaniah sebagai penutup urusan.

Arab Mesir mengajar aku kuat untuk hidup, sebagaimana kuatnya mereka meneruskan kehidupan hari-harian. susah tidak bermakna harus putus asa, lemah pula tidak harus terus pasrah jatuh. Terus sahaja merempuh ke hadapan kerana setiap manusia telah ditentukan Allah taqdirnya.

Berdiri kembali setelah jatuh adalah rahmat, sabar ketika mehnah adalah kekuatan.

Dalam masa 2 tahun, aku pandai mengolah diri dan diri orang lain. kenal seluas-luasnya siapa itu manusia berbudi atau batu.

Kitab 3 dengan harga LE 53 cukup mahal bagiku. Walaupun tengah kekeringan aku beli juga untuk masa hadapan. Janji aku, dalam bulan 10 habis khatam kesemuanya. Bermakna susah payah seminggu untuk sebuah kitab, sebelum kutub lain sampai ditauzikkan.

Kelas baru telah memikat naluri tolib ilmu "mahligai hati" ku supaya datang setiap hari dan menjadikannya sebagai wajib. Tingkat empat, wau!! sangat tinggi azhar sehingga segenap pelusuk mataku mampu mencerapnya. Pokok kurma sebagai landskap antara jalan ke 3 fakulti pun tidak mampu menandingi ketinggian kelas ku... hahaha, hebat & menarik.

Peluang demi peluang demi peluang. Harusku cari. Setiap detik dan situasi. Bermakna aku harus mencari kawan sekuliah yang baru dan akrab. Melayu, wafidin dan arab Mesir semua sekali aku perlukan. Mencanai kitab sendiri kurang berkesan.

Aku kenal tahap kerajinan aku, kalau tidak didesak dan tidak berazam maka tidak akan "mula". Inilah sedikit sikapku yang sedang dikikis menjadi serajin ulamak-ulamak yang telah berjaya.

Semoga dipandang Allah Ta`ala akan diriku..

Menjadi hebat, Sehebat izzah Saidina Umar al-Khattab.

Monday, October 20, 2008

..................................................

Banyak cerita yang aku terlepas.... adui...

Restorant best...
Pelajar baru sampai..
Kali pertama aku conduct mesyuarat...
Sambutan malam gema aidilfitri (persiapan)
Kisah aku dan dia...
Ahli bait aku yang baru...

dan.... banyak lagi...

Monday, October 6, 2008

Semalam aku pergi mesyuarat untuk sambutan hari raya nanti disamping menyambut pelajar baru yang akan tiba nanti, kena bahagian persiapan... aduh, banyak pula rasanya yang perlua aku uruskan, 1- cari ajk, 2- buat banner, 3- selenggara dewan dan sutuh 4- beli barang2, 5- setting mic, 6- buat gimik, 7- mesyuarat...

mesyuarat??... x pernah sebelum ni aku handle mesyuarat, tapi nak wat camne... redah je lah.. huhu.. kira pengalaman baru tu...

Rupa-ripanya partner aku tu, selalu chat ngan aku.. ganaz gak bahasanya...hahaha... tapi bila mesyuarat, oooo...dia rupanya baru kali pertama tengok dia, kantollah dia rupanya yang chat ngan aku...

aku rasa, sebelum mesyuarat biar aku fikir secara keseluruhan dari awal sehingga selesai majlis tersebut, bidang tugas aku apa yang perlu aku setlekan, kra aku yang buat keputusan segalanya, nanti bila mesyuarat aku akan u7tarakan dan bincang sama2 nak buat atau x dan bagaimana perlaksanaannya...

banner pun satu hal... x tengok lagi tuh besar mana... aku ada 7 hari lagi dari mesyuarat kali pertama aku sehingga majlis berlangsung... dan ada 2 hari lagi untuk mesyuarat unit nak pastikan segalanya berjalan dengan lancar, dan kiraan kos... adoi, aku x suka kerja2 camni... x pe ini cabaran len kali hahaha aku x ak terima lagi.... ngeh3...

Saturday, October 4, 2008

HARI RAYA & RUMAH TERBUKA AKU

Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku kerana banyak waktu yang aku cuaikan dan amat sedikit pengibadatanku kepada-Mu. Namun begitu ya tuhan, janganlah Kau putuskan taufiq, rahmat dan hidayah-Mu kepadaku kerana aku akan hilang segala-galanya dalam hidupku...

Hari raya menjelang tiba namun kehangatannya belum lagi terasa kerana hatiku masih lagi terpaut pada bulan Ramadhan yang hari ini genap 30 hari dan esok meninggalkan kita, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahilham.. aku termanggu..

Berbuka tadi cuma seteguk air sahaja kerana aku terlupa untuk memasak dek kerana tertidur selepas Asar, ahli bait aku pula tiada di rumah kerana sibuk dia rumah johor, aahh.. sedihnya malam raya macam ni, bisik hatiku.. x pe lah dah nak buat macammana... aku tekad nak pergi makan puas-puas kat kedai arab depan, ni kalo dapat rubu` firakh ni pergh.... puas hati gila ni... hehehe...

Malam akhir ramadhan aku pergi gotong-royong di rumah johor, x ramai mungkin semua sibuk masak2 kat rumah untuk sambut raya esok.. lebih kurang 30 yang buat kerja.. nasib baik ada kawan baik aku.. dapatlah aku menghilangkan kebosanan aku dengan gelak2 ketawa cerita tentang raya2 ni... huhu..

dengar lagu raya yang bab sedih tu, aku teringat kat malaysia, ish, aku belum talifon mereka lagi ni..

Hari raya aku gembirakan diri aku kerana ustaz aku pernah berpesan menyebut bahawa terdapat 2 waktu yang kita mesti gembira menyambutnya isitu, ketika berbuka dan ketika hari raya..

..............................................................................................................

RUMAH TERBUKA

3 Syawal, rumah aku membuat open house untuk semua pelajar2 johor di kaherah dan muhafazah, pergh, dari siang sampai ke malam aku mengemas rumah untuk menyambut tetamu datang, makan tengah hari mewah gila, ikan buuti bakar, wow... sedapnya....hehehe

aku kepenatan, nak tahan mata dah x terlarat lagi, terasa nak melayang.. ermm.. tidur jap best nih... kawan2 mula datang untuk menolong gotong-royong, ahhh, jap lagi aku bangun...huhu

solat asar.... kemudian mula mengupas kentang dan memotong carrot....

Wah, lawa gila bilik aku macam bilik awek2 plak...hahaha, salahuddin datang rumah dari damanhur, aku terasa tenang hati aku... subhanallah mesti banyak amalan budak ni sampai orang yg melihatnya pun tenang, aku teringat pesan ustaz, kalau Allah Ta`alla suka kepada orang tu, maka orang sekeliling juga menyukainya...

klimak majlis, kawan2 ramai gila yang datang berpusu2, mula2 budak dari manhal, pastu rumah johor, kemudian pelajar dari hayyu thamin dan akhir sekali dari asyir... lepas makan sume godek2 barng ak, kitab2 aku dibeleknya, komputer aku dibuka youtube cerita kelakar dan berita.... hahahahaha, x kisahlah yang penting rumah ni meriah...

seronoknya kenangan ini.....

Wednesday, October 1, 2008

RAMADHAN & SYAWAL


Allahu Akbar 3x Walillahilham...
Syukur kepada-Mu tuhan kerana mengurniakan lagi nafas baru kepadaku untuk mengecapi nikmat anugerah-Mu yang terbesar. Aku bersyukur, benar-benar bersyukur.

Ramadhan aku sedih meninggalkannya kerana itu adalah taman bagi orang-orang soleh untuk beramal dengan sepuas-puasnya dan ganjarannya tidak sama seperti bulan-bulan yang lain.

Hadis nabi menyebut, amalan di bulan Ramadhan dinilai dengan 70 x ganda berbanding dibuat pada bulan yang lain.. sungguh, aku sangat sedih.

Syawal pula, Alhamdulillah disambut dengan kemeriahan, walaupun ada yang terasa muram kerana tidak dapat beraya bersama keluarga tapi apa boleh buat kedatangan kita disini adalah untuk belajar menuntut ilmu, jadi segala kepayahan kena ketepikan dan sanggup berkorban diatas segala-galanya, barulah kita betul berdiri diatas sunah orang yang berjuang.

Sebenarnya waktu raya adalah waktu kita menyambut dengan penuh kegemburaan dan kesyukuran, walaupun susah mana sekalipun nak senyum, buat-buat senyum, buat2 gembira kerana itu akan dinilai disisi Allah Ta`ala. ( walaupun ianya hanya perasaan ianya tetap penting untuk dijaga )

Aku tahun ni banyak berubah... alhamdulillah