Saturday, December 6, 2008

Jom Kemas Rumah...!!!


Hehehe... hari ni kami ahli bait gotong royang bersihkan rumah, dapur menjadi sasaran kerana ia merupakan pusat mencharge tenaga kai sehari-harian. Jika bersih dapur barulah ade mood nak masak sedap, rasa rajin nak ke sana... hahaha

Peti ais yang lusuh dan buruk masih tetap menjadi khizanah kami, sayur, ikan, ayam dan daging semuanya disumbat disitu, teringin juga nak tukar baru tapi memandangkan ekonomi x mengizinkan disebabkan harganya mencecah sekitar LE 2000 kami tangguhkan dahulu hasrat tersebut.

Semalam pergi pasar beli barang dapur, aku perbanyakkan membeli sayur kerana kami macam kurang makan sayur...hahaha..

Sempat aku tempah ikan bakar dari kedai ikan, pergh x sabar menunggu... dekat sejam lebih juga baru setle ikan aku, service ok cuma orang yang berpusu-pusu membeli sekali ikan bakar disitu...

Balik ke rumah, ahli bait aku belanja nus firakh abu mazin... pergh... mencanak aku makan sebungkus nasi separu ayam... alhamdulillah.. hehehe...

No comments: