Wednesday, November 26, 2008

Matang HUA Matured

Hari semalam....
Hari ini...............
Hari esok...........

Terlakar babak kehidupan dunia sebenar yang aku harungi. Hakikatnya semakin jelas bahawa inilah dunia. Semakin hari semakin mencabar, yang berhenti kan ketinggalan, yang berjalan kan terus berjalan ke penghujungnya.

Aku sedar usia sudah semakin meningkat dewasa, pelbagai perubahan diri semakin menyerlah samada dari dalaman dan luaran. Aku sedar. Adakah ini kematangan ??

Dulu aku suka buang masa sekarang sudah semakin teliti mengurus waktu harianku.
Dulu aku suka teragak-agak membuat sesuatu sekarang keberanian telah menguasai diriku sehingga berjaya melakukan apa yang diinginkan.
Dulu aku kebudak-budakkan sekarang aku telah mengenal inilah kehidupan seorang yang dewasa. Syabab yang dibanggakan.

Jika dara dan teruna berkahwin jelaslah zaman dulunya telah ditinggalkan. Dari Zaman keremajaan telah berubah kepada zaman kedewasaan. Begitulah hidup manusia yang terus pergi tanpa berputar kembali.

Aku mula belajar apa itu ILMU
" CINTA
" DIRI SENDIRI
" KELUARGA
" ALLAH & RASUL ( paling berharga )

Perjalanan hidup ini mengajar erti kematangan.